Selamat Tahun Baru 2012 Produk Terbaru Tahun 2012..Ada 3,4 Ekor Lagi Yang Terbaru,Tapi Masa Yang Tidak Membenarkan Saya Berbuat Demikian..Insyallah Jikalau Berkesempatan Saya Akan Uploadkan.
Al-Fatihah kepada seorang breeding tersohor di terengganu Gemulah W.Motel telah pergi mengadap illahi..pada minggu lepas, ...warga serama terengganu telah kehilangan tokoh yang banyak berjaya dalam bidang breeding serama....banyak baka yang dibawah downline Gemulan W.Motel yg telah mengeluarkan baka-baka tersohor serta mencipta nama, seperti Syawal tok uban,Kodik,W.Mamat dll termasuklah SeramaOren sendiri.Al Fatihah pada Gemulah semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan dijauhi siksaan api neraka moga Gemulah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman..Amin..
Anak Serama B Yang Telah Menjadi Juara ,Katogeri Anak B di Penang Pada 5.6.2010......(นี้เป็นบุตรของ Serama B I ใครได้กลายเป็นแชมเปี้ยนใน B เด็ก Katogeri ในปีนังที่ )
SparrOw dalam pembikinan ....ini anak kepada indux Root dan Bapak Hijau KiwiJr saye ..untuk tatapan kawan2 yang tidak sabar-sabar nak tengok..ingatkan nak buat sedikit kejutan rupa-rupa dah heboh ,pada geng2 kedah inilah dia produk yang demo nk tgok. jadi terpaksalah jugak saya masukan gambar SparrOw atas permintaan....
Induk Sonata diberi nama, semperna warna puteh,Bonda pada Sonata adalah Diman yang saya kahwinkan dengan Jantan U-Topia..tapi saya terus mengamalkan inbreeding blood line untuk baka-baka yang ada dalam reban saya
Inilah hasil ibu (tingal kenangan) dan bapak tua reban saya..Buyung ini dari ibu darah puteh, dan bapak tua..dapat 2 ekor betina dan 1 jantan telah diambil oleh tuan asal baka. Perangai yang ada pada buyung tarik selam serta ketar, kebanyakan serama di reban saya ini ketar...Sekarang ini Buyung dalam proses masuk benih dengan KiwiJr..
Inilah induk yang paling lama dalam reban saya..Diman diberi nama , diman tidak putus-putus mengeluarkan produk yang saya kira bermutu dari reban saya. Itu saja yang dapat saya ceritakan di sini jikalau ada jodoh pertemuan saya akan ceritakan dengan lebih mendalam asal usul Diman and the geng ,insyalllah satu masa saya akan masukkan semua ayam-ayam saya disini utk tatapan semua.Diman anak kepada ibu Darah Puteh saya..tapi ibu darah puteh saja tak panjang umur dah lama meninggal perangai yang darah Puteh ada hanya satu je yang ada pada diman iaitu tiap kali bergaya pasti tengkuk akan bergetar .
U-topia..... Rasa nama yang paling sesuai untuk dipanggil..anak kepada bapak tua yang ada dlm reban saya sekarang ini. Ayam ini mula-mula rasanya memang nak dijual tapi sekali-sekali tengok sayang pulak, takpe kawan-kawan kata buat baka aje..Tapi sekarang ini U-Topia dah ada anak jengx2 tunggu kemunculan gambar anak - anak U-Topia ...............
U-Topia Masa remaja dah ada orang Kedah nak pinang tapi itulah sayang rasanya , so sampai sekarang dok puas-puas tengok gaya U-Topia bergaya tarik gebas, salah satu sebab itulah dok jadi jual , setakat ini..heee .....tapi kalau ada yang berminat dan kena dengan harga apa salahnya...
From Attitiut 5Gps -Android 6.1 (Ice Cream Sandwich) / Satelit Kg Paya Guncil, Kuala Terengganu, Malaysia.
Admin:- Futra
Hubungi Saya
Admin: Futra.
Maaf disini memang saya tidak sertakan no telefon saya jikalau tuan-tuan berminat boleh hantarkan email pada saya dan dapatkan no telefon saya...Tq (Sorry i have not included here is my phone number if your interseted, you can send an email to me to get my phone number.....Tq.. )